27 Oktober 2016 - 17:10
Rejim Riyadh Disyaki Siksa Musuh Politik Hingga Mati Di Penjara: Aktivis.

Seorang aktivis hak asasi manusia berkata bahawa seorang figur pembangkang wanita telah mati di penjara setelah disyaki disiksa oleh rejim Riyadh.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang aktivis hak asasi manusia berkata bahawa seorang figur pembangkang wanita telah mati di penjara setelah disyaki disiksa oleh rejim Riyadh.

Pengarah dan pengasas Institusi Hal Ehwal Teluk (Parsi) yang berpusat di Washington, Ali al-Ahmed menulis di akaun Twitter-nya yang Hanna al-Dhaibani telah meninggal dunia di penjara Zahban yang terletak 19 kilometer dar Jeddah pada 10 Oktober lepas.

Ahmed menambah bahawa pengurusan penjara telah memaklumkan kedua-dua orang tua Dhaibani tentang kematian beliau dan meminta mereka menunaikan solat jenazah di dalam pusat tahanan tersebut.

Kedua-dua mereka hanya diizinkan untuk melihat wajah anak perempuan mereka sahaja untuk proses pengecaman sebelum jenazah itu dibawa ke tempat yang tidak diketahui untuk dikebumikan di sana.

Bapa dan ibu Dhaibani juga dipaksa untuk menandatangani surat pengakuan yang menyatakan bahawa anak mereka telah mati secara tabii.

Riyadh sudah lama dikritik oleh badan-badan antarabangsa kerana rekod buruknya dalam hal ehwal hak asasi manusia. Negara itu menggunakan kaedah drakonian untuk menekan hak bersuara dan mengaplikasikan hukuman yang berat ke atas musuh politik rejim.

Riyadh bakal kekalkan kerusinya di Majlis Hak Asasi PBB

Di dalam perkembangan lain, Riyadh dijangka akan memenangi semula kerusinya di Majlis Hak Asasi PBB buat penggal yang ketiga berturut-turut sekaligus membuatkan ramai pihak tertanya-tanya tentang kredibiliti badan itu dalam memperjuangkan misi asalnya. Ini kerana Riyadh mempunyai rekod yang buruk apabila berhadapan dengan isu hak asasi manusia.

Pada Jun lepas, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon secara terang-terangan mengakui bahawa Riyadh mengugut badan itu dengan mengancam untuk menamatkan biayanya di dalam pelbagai program PBB berikutan laporan pencabulan hak kanak-kanak ke atas rejim Saudi. Laporan itu akan menyebabkan negara monarki mutlak itu termasuk di dalam senarai negara-negara yang bermasalah akibat daripada kempen rejim itu dalam mengepung Yaman yang memberikan kesan negatif ke atas kanak- kanak di negara tersebut.

"Laporan tersebut menggambarkan bencana yang mana tiada seorang kanak-kanakpun patut mengalaminya," kata Ban Ki-moon. " Di dalam masa yang sama, prospek nyata bahawa jutaan kanak-kanak akan menderita jikalau negara-negara tertentu menamatkan pembiayaan mereka ke atas program-program PBB juga harus saya pertimbangkan," tambah beliau